Rasional lazim sekatan Wikipedia:Polisi_sekatan

Berikut merupakan rasional lazim sekatan:

  • Tindakan menyekat adalah tindakan rasional, berperikemanusiaan dan tidak dalam perasaan was-was.
  • Sekiranya benar-benar memerlukan penyekatan, sila rujuk Penyelia Wikipedia terlebih dahulu.
  • Para penyunting seharusnya berhati-hati dengan pengguna baharu. Penyunting-penyunting baharu selalunya tidak berapa mahir dengan resam dan polisi-polisi Wikipedia, jadi kelakuan mereka mungkin kelihatan seperti gangguan. Tindakan keras terhadap mereka mungkin menyebabkan mereka berasa tawar hati untuk menyumbang. Lihat Wikipedia:Jangan hentam pengguna baru.

Perlindungan

Seseorang pengguna boleh disekat jika perlu bagi melindungi hak, harta, ataupun keselamatan Yayasan Wikimedia, para pengguna, ataupun orang awam. Sekatan yang bertujuan untuk melindung mungkin perlu sebagai tindak balas terhadap:

  • Serangan peribadi yang berlarutan;
  • Ancaman peribadi, profesional ataupun perundangan (termasuk ancaman di luar tapak Wikipedia);
  • Tindakan yang merbahayakan pengguna lain;
  • Tindakan yang mungkin mengancam keselamatan kanak-kanak, sejajar dengan Wikipedia:Perlindungan kanak-kanak;
  • Pendedahan maklumat peribadi (sama ada maklumat itu tepat ataupun tidak);
  • Pelanggaran hak cipta berkali-kali;
  • Penulisan dengan berkali-kali maklumat yang tidak bersumber, salah ataupun yang berpotensi menjadi fitnah berkaitan dengan biografi orang yang masih hidup; atau
  • Akaun yang dipercayai sudah dikompromi (sebagai tindakan kecemasan), yakni syak berasas bahawa ada akaun yang digunakan oleh orang selain daripada orang yang membuka akaun.

Apabila membuat sekatan akibat pendedahan maklumat peribadi ataupun tindakan yang membahayakan pengguna lain, pertimbangkan kemungkinan memaklumkan Arbitration Committee melalui e-mel (Templat:NoSpamEmail) tentang pendedahan ataupun bahaya tersebut dan menghubungi seseorang yang memiliki oversight permissions (kebenaran menyemak) bagi membuat penghapusan kekal (request permanent deletion) bahan yang dimaksudkan.

Gangguan

Seseorang pengguna boleh disekat jika kelakuannya mengganggu projek; iaitu, kelakuannya tidak selaras dengan suasana kerjasama Wikipedia, dan mengusik atau mengganggu proses penjalinan kerjasama mesra antara para penyunting demi membina suatu ensiklopedia. Sekatan berikutan gangguan mungkin dibuat akibat:

Kekacauan

Tambah lagi, beberapa jenis akaun pengguna dikira mengganggu dan boleh disekat tanpa amaran, selalunya tanpa had masa:


Rujukan

WikiPedia: Wikipedia:Polisi_sekatan http://www.gnu.org/software/tar/manual/html_node/D... http://en.wikipedia.org/w/index.php?title=Special:... http://en.wikipedia.org/w/index.php?title=Wikipedi... http://en.wikipedia.org/w/index.php?title=Wikipedi... http://mail.wikipedia.org/pipermail/wikien-l/2004-... http://mail.wikipedia.org/pipermail/wikien-l/2004-... http://mail.wikipedia.org/pipermail/wikien-l/2004-... http://mail.wikipedia.org/pipermail/wikien-l/2004-... http://mail.wikipedia.org/pipermail/wikien-l/2004-... http://mail.wikipedia.org/pipermail/wikien-l/2004-...